Assalamualaikum wbt dan salam penuh hormat buat semua..
Tahun Baru 2012 bakal tiba beberapa detik lagi. Bagi umat Islam, kita telah pun menyambut Awal Muharram 1433H yang lalu. InsyaAllah, azam di awal Muharram boleh dihangatkan lagi dengan kehadiran tahun baru ini. Buat semua saff tenaga Team Darul Atiq Consultant, juga buat para ibu ayah, anak-anak yang usai mengikuti program kami, kami doakan agar ketibaan Tahun baru 2012 ini membangkitkan semula aura yang telah kita bina bersama. Buat semua yang mengikuti blog ini, kami doakan agar Tahun Baru ini menjadi pengasah azam untuk meningkatkan kualiti hidup terutama tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi yang sementara sahaja ini.
Sambutlah tahun baru dengan menitikberatkan kita dan Allah bukannya kita dan 'dia'. Selepas itu, berdoalah sesama insan agar Tahun Baru ini dimulai dan disudahi dengan penuh hidayah dan keberkatan.
Ikhlas,
Darul Atiq Consultant
Kelantan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment